apa khabar tuan2 dan puan2(besertakan bapok skali)? sudey lamer kita dh tak bersemuka dan ingin saya sampaikan mesej semoga sihat2 belaka kepada semo walaupun anda disukai atau tidak.
sememangnya mengikut apa yg telah saya perhatikan, setakat kini dalam blog ini dibanjiri dengan pelbagai karya yg begitu menarik, kreatif, excellente, menyentuh perasaan (adakah saya membodek di sini?) dsb. namun, saya merasakan bahawa kdg kala kita kena jugak berfikir secara philosofikal, yakni cuba memahami apa yg berlaku di sekeliling kita, dan membuat huraian yg logical dan metafizikal mengenainya. mungkin karya saya nih serba miskin ,kekurangan idea dan langsung tak layak digelar 'karya' tetapi perasaan dalaman saya yg begitu bersifat reformasi tuh memberi dorongan kpd saya utk menghabiskan 'karya' ini.
saban ari saya berpeluang melayar profil frenster kawan saya, saudara wanzul. dia jugak merupakan osmate saya dan utk pengetahuan anda(walaupun anda tidak memerlukannya), saudara wanzul hanya tinggal di sebelah saya sahaja. maka ianya hanya sesuatu yg semula jadi utk saya bersimpati terhadap dia sekiranya dia menerima layanan yg buruk, diherdik atau dimaki hamun(sebagai contohnya).
saya terus memusing butang tetikus sehingga saya menemui sesuatu yg mengejutkan. di bawah kolum 'who I want to meet', saudara wanzul mengatakan bahawa dia ingin bertemu dgn rakan sejurusan yg lebih baik ati. apakah ini bermaksud dlm kursus beliau, mmg tidak ade seseorang yg bersikap baek ati?
sesungguhnya satu perasaan yg marah, sesuatu perasaan yg ingin membela nasib, sesuatu perasaan yg ingin menyepak bola (manusia) tertimbul dlm hati saya. selamanya nih saya mengingatkan bhw ptu merupakan satu institusi di mana rakan 2 sejurusan mengambil berat sesama sendiri. di mana adanya tips, di gtalk la muncul tips2 tersebut. sekiranya tanpa sikap baek hati, mustahilnya tips2 tersebut akan muncul di kaca gtalk masing2. oley yg demikian saya berpendapat bhw besar kemungkinan saudara wanzul terpaksa berdepan dgn segorombolan manusia yg sejuk seperti ais. mungkin dia tidak dilewat tetapi utk berdepan dgn rakan2 sejurusan yg pentingkan diri sendiri, itu satu bentuk penglewatan yg begitu menyakitkan hati.
saya mengujarla tuan2 dan puan2 yg dihormati skalian utk merenung-renungkan situasi yg menimpa saudara wanzul ini. sememangnya betolla kata2 hikmah ini bersatu teguh bercerai roboh. apa salahnya kalo kita bersama2 menuju ke arah kejayaan? selamat malam semo.
1 comment:
well written!!!
Post a Comment