1st July 2008, Penang - FEI telah melancarkan salah satu daripada program yang terbesar minggu ini; Minggu Melancong Ke Luar Negara Sebelum Kegawatan Ekonomi. Ini adalah berikutan kejadian Inflasi di negara kita baru-baru ini. Sebut tentang perkara berkenaan, YAXB Dato Seri Feirenhait berkata bahawa ini adalah usehe terbaru daripada parti FEI yang menggalakkan orang ramai untuk melancong ke luar negara sementara masih berkemampuan.
"Saye berase same sekali kite sebagai wargenegare Meleshie patutlah melancong ke luar negare. Ini adalah kerane barang dekat luar negare kini hampir same murah dengan barangan tempatan. Malahan di sesetengah negare obersee, barangnye adalah jauh lebih murah daripade produk kite. Adalah dinasihatkan kepade semue supaye melancong selagi boleh. Kerane kemungkinan kite akan terpakse kais pagi, makan pagi, kais petang,makan petang. Orang Meleshie makan 6 meal, terpakselah kais 6 kali sehari. Penat tu..."
In the program itself, YAXB(Yang Amat Tak Berguna) Dato Seri Freaquency juga menyampaikan hadiah dan hamper bernilai rm5 kepada pemenang peraduan melancong ke luar negara yang paling kerap.
Pemenang tersebut berkata, "Hampeh. rm5 jer hadiahnye. Kurang asam dan hadiah betul..."
YAXB Dato Seri Freaquency juga berkata, "Dengan menggalakkan orang kite melancong ke luar negare, peniage tempatan tidaklah akan terase serbe salah apabile ingin merompak pelancong dengan harge barangan yang tinggi. Besides, ini boleh membantu meningkatkan pendapatan syarikat penerbangan tempatan, terutamanye MAS yang sedang gigih untuk memulihkan situasi kewangannye."
Pada Akhir Program Pelancaran tersebut, YAXB Dato Seri Feirenhait pula menyeru agar orang ramai tidak akan crying over the spilt gold pada masa kelak dan patutlah mnendapatkan tiket penerbangan dengan segera. Tempahan tiket boleh dibuat secara online di www.feiasia.com.my.
No comments:
Post a Comment