Sunday, March 16, 2008

Surat minta kerja di MAS

Ni da Bian
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Malaysia Airlines System
13 mei 2008

Tuan,
saya nak Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Ni Da Bian
k/p ******-**-**** mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang
teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak
boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun
begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah
seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja
disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu Ni Lao Ma adalah seorang ahli KWSP.

Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan
menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian
saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan
akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3.Akademik. Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 2004-2008
Matapelajaran :(gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains. 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2003-2004 (MLVK). Sijil Kejuruteraan
Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan Perindustrian Kementerian Sumber
Manusia Malaysia.

4. Pengalaman kerja. Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh,
Perak.
Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala
Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu).
Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat
serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap
dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan
dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan
belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya
berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan
ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini.
Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya
saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh
ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman
tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan
pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji
tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil
sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun
dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan
tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan
yasin.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

Ni Da Bian
25 Jalan ¾
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

No comments: